MALAM
Friday, October 5th, 2007Selama ini, aku tak pernah mencari malam itu dengan bersunguh-sungguh, kerana aku tak yakin aku akan terpilih sebagai pemenang dalam pencarian itu….aku memang ingin selalu menang dalam apa jua pertandingan, ramai yang tahu sifat bersungguh-sungguhku itu, tapi demi satu malam itu, aku tidak pula yakin aku akan menang , kerana aku rasakan diri ini kerdil dan hina di sisiNya…tapi semenjak kebelakangan ini, hati ini meronta-ronta untuk bertemu malam itu, untuk berjumpa malam itu, kerana banyak yang ingin aku adu dan katakan pada Yang Satu, mungkinkah dapat aku bertemu malam itu? Tuhanku yang Esa, sesungguhnya aku tak layak syurgaMu tapi aku takut akan nerakaMu, sesungguhnya aku teringin melihat malam itu dan berada di samping tetamuMu yang lain, kerana aku tak mahu kalah dalam pencarian malam itu, aku ingin merasakan barakahMu biar pun sedetik cuma………….